Tuesday, March 11, 2014

walau diam seribu bahasa, walau luah dengan kata-kata

Assalamualaikum.

Sebenarnya apa yang kita nampak zahirnya tak sama dengan realiti. Mungkin selama ni bila tengok matahari terbenam aku rasa, matahari yang terbit di pagi hari, lalu naik memancar cahaya teriknya ke bumi timbul lah siang. Lalu tenggelam ke dalam perut bumi ditelan senja dan wujudlah malam. Akan tetapi hakikat sebenar matahari masih di situ dan tidak berganjak manakala bumi yang berputar meninggalkan matahari dalam kita tidak sedar.


Maafkan aku, hamba yang bergelumang dalam dosa, keji dan hima. Aku tahu kau rasa kecewa melihat aku yang seperti biasa dan umpama manusia yang tak mengenal apa iu erti derita jiwa yang melanda engkau. Maafkan aku, sebab aku manusia biasa dan jangan kau harap pada aku. Mungkin selama ini aku salah menafsir apa itu cinta. Sampai aku lupa siapa pencinta yang setia. Allah tu pasti dalam apa yang direncana sudah tertulis semuanya di Luh Mahfuz cuma ia belum jelas di depan mata kita tapi tunggu masa. Mungkin aku terlalu taksub pada dunia, terlalu yakin pada janji manusia, terlalu naif untuk fahami cinta. Aku tak mampu untuk luahkan apa aku rasa cuma apa yang pasti pedihnya menusuk ke dalam jiwa. Makin aku telan makin aku derita. Rami orang kata dan pesan bahawa jangan berhenti walaupun seketika tapi makin aku kuat makiin aku tak berdaya. Aku tak cacat zahirnya tapi lumpuh pada batin nya. Walau aku luah seribu bahasa tapi kesumatnya masih tersumbat dalam jiwa. Umpada selumbar dalam duri yang memakan diri sendiri. Menyesal dengan dosa yang tak berguna. Kesal dengan maksiat yang telah terlaksana. Walau aku simpan dalam jiwa, makin ku simpan makin derita.


   Semenjak dua tiga menjak ni, aku selalu mencari ketenangan dengan melihat keindahan ciptaan Nya. 
 Aku bersyukur dilahirkan begini, bila sedih aku tahu itu petanda Allah mahu aku kembali padaNya. Merayu, meminta dan bermunajat untuk mencari ketenangan jiwa. Ketenangan tu kau tak mampu cari pada manusia tapi sebenarnya kunci hati dan jiwa pada Allah SWT. Dah tiada apa yang mampu aku bahagiakan di dunia. Aku sedar hidup ni sekadar pinjaman. Mungkin esok mungkin lusa aku tiada. Mungkin juga sebab itu Allah bagi aku masa, untuk lihat kehebatan  dunia. Dunia  yang tidak kekal dan cuma hanya perjalanan dan persinggahan yang pendek buat aku yang sering lalai dan leka. Walaupun pedoman ada depan mata masih aku butakan mata dan pekak kan telinga. Masih aku alpa lau tergelincir, walau punyai landasan yang kukuh binaan nya. Aku tahu masanya akan tiba tak lama lagi. Mungkin sebab tu juga Allah pulangkan setiap orang yang pernah aku kenali agar aku dimaafi sebelum dicampak ke dalam perut bumi.


Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: 


"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akansesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dansunnah Rasulullah, S.A.W" (Imam Malik).




Surah Al-Waqiah ayat 60. 56:27

"Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan." 



Surah Al Hujarat ayat 108. 6:108


"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan."



Surah Asy-Syu'araa ayat 81. 26:81

"Dan Dialah yang mematikan daku kemudian dia menghidupkan daku"


  "Hasbunallah waniqmal waqil, nikmal maula waniqmal nassil. Maknanya cukuplah Allah sebaik-baik pertolongan dan kepada Allah aku bertawakkal." Aku rasa dah terlalu lama Allah bagi aku peluang kedua sejak apa yang jadi 5 tahun lalu. Peluang hidup pinjaman ni yang masih aku gunakan dengan sia-sia. Kadang-kadang aku merasa cukup sempurna dengan apa yang aku ada tapi aku lupa ini semua milik siapa. Sering aku bahagia tapi hakikatnya hari penuh derita yang diam seribu bahasa. Masih aku mencari manusia untuk bercerita walau aku tahu kepada siapa patut aku meminta-minta apabila aku berduka dalam senda. Saat dan ketika ni aku mula sedar bila apa yang aku ada hilang sekelip mata. Aku yakin dengan janji manusia tapi aku lupa bahawa hati manusia itu milik siapa. Kesal ni aku simpan dalam jiwa. Bahang nya jiwa umpama api yang marak secara tiba-tiba.

Ya Allah ya tuhanku kurniakan aku keimanan agar aku sentiasa dampingi Islam sebagai peganganku,
Kurniakan aku ketabahan dan kekuatan agar aku dapat menempuh segala dugaan yang tertulis untuk ku.

Surah Ali-Imran ayat 145. 3:145


"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur".



Surah Al An-am ayat ke 3



"Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi, Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan."



   Langit tak selalu cerah dan hujan pun ada musimnya. Selalu kita cuba jangka masa depan apa yang akan jadi kalau ini itu ini itu. Tapi selalu kita lupa sebenarnya yg hidup kita ni dah tertulis di Luh Mahfuz. When something bad encountered to our self, most of the time we will put the blame why did that things happen to us. We kept repeating the same question without we realized that every single thing happened for a reason. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bila benda macam ni jadi, cubalah pujuk hati dengan Husnuzon yakni bersangka baik dengan setiap perkara. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untukmu.


Al-Baqarah ayat 216. 2:26


“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ 



Al-Insyirah ayat 5 dan 6. 94:5-6

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”



Ali-Imran ayat 135. 3:35


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”



Nabi S.A.W bersabda:
“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.” (HR Bukhari)


   Aku cuma pari-pari di dunia sendiri dan di alam mimpi yang tiada di dunia realiti tapi wujud di alam fantasiku sendiri. Aku bukanlah orang yang pandai untuk bermadah pujangga. Tetapi mungkin di saat ini, setiap baris dan tutut kata diatur oleh hati yang meruntun merayu agar diberi ketenangan jiwa. Aku akui, aku insan yang sentiasa meminta-minta, mengharap kasihNya dan redhaNya. Aku tahu kasih manusia tak bawa ke mana tapi dengan kasihNya aku ke syurga andai aku taat pada ibu bapa.  

Sedarlah diri. Bukalah mata hati. Usah kau sembunyikan diri. Terimalah hakikat dunia ini bukan fantasi. Ini dunia yang hari-hari kau hadapi, dan perlu engkau jelajahi lagi walau langkahmu masih terhenti lagi dan walau engkau masih cuba untuk fahami apa yang terjadi. Puisi ini aku tujukan buat diri sendiri agar aku jangn terus membuta tuli dengan kelemahan diri sendiri. 

Aku adalah manusia yang lemah walaupun aku seperti perempuan besi,

Aku masih menitiskan airmata di saat aku rancak ketawa.

Aku masih di takuk lama saat aku rasa semuanya tidak seperti sedia kala.

Aku masih bergelumang dengan dosa walaupun pintu taubatku sentiasa dibuka.

Aku masih mencela saat aibku masih Allah tak buka.

Aku masih lemah di saat aku masih kata masih mempunyai seribu daya.

Aku masih terjatuh ke bumi saat kau sedang berlari.

Bangkitlah dari alam mimpi. Hadapi apa yang perlu engkau hadapi. Ini semua duniawi. Setelah berbaris madah pujangga. Setelah kering airmata. Setelah habis kata-kata. Aku cuma ingin pesan satu perkara buat aku, engkau dan kita semua yang kita ni hanya manusia biasa.


Surah Al-Baqarah ayat 155-156. 2:155-156

“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” 




Till we meet again in next post. Insyallah. Fi Hifzillah. 



No comments:

Post a Comment